Powered by Blogger.

.

Selamat datang ke blog sibugakini yang memaparkan aktiviti pemimpin bersama rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Kekuatan Perpaduan UMNO Sabah Stabil.

Sunday, July 11, 2010


Datuk Musa dan Dato Tajuddin bersalaman dengan perwakilan Umno Libaran.



Datuk Musa menyampaikan cenderahati kepada Dato Hj Tajuddin Abdul Rahman.


Pengerusi badan perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri panglima Musa Hj Aman mebegaskan UMNO Sabah dalam keadaan stabil dan perpaduannya semakin teguh menjadi permakin kepada kepercayaan rakyat negeri terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menurut ketua Meneteri,Perpaduan yang wujud dalam UMNO negeri adalah hasil persefahaman semua pemimpin negeri ini yang lebih mengutamakan pembangunan rakyat berbanding pihak tertentu yang gemar mengadu domba rakyat.
Katanya,kepiimpinan Umno dan Rakan Komponan BN negeri mempunyai matlamat dan hala tuju jelas untuk menjana kemajuan rakyat sesuai dengan Gagasan 1 Malaysia ,Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan....


“ kerjasama dan persefahamaan yang kita ada dalam Umno dan BN telah berbukti memberikan banyak manafaat kepada rakyat,banyak kejayaan dalam pembangunan negeri yang telah kita capai ,saya yakin rakyat juga dapat merasakan hasil kejayaan kita mentadbir kerajaan negeri kerana semua mendahulukan kepentingan rakyat”katanya
Beliau yang juga Ketua Umno bahagian libaran berucap kepada lebih 900 perwakilan dalam mesyuarat Perwakailan Umno bahagian berkenaan di Dewan serbaguan libaran di sini kelmarin katanya,yang dirasmikan oleh Ahli majlis Kerja Tertinggi Umno Dato Hj tajuddin Abdul Rahman,Ahli Parlimen Pasir salak.
Menurut Musa, Umno sabah tidak boleh lagi leka dengan keadaan semasa kerana pembangkang sentiasa menerjah Umno dengan berbagai tomahan yang mesti diperjelaskan kepada rakyat terutamanya golongan Bumiputrera.
Justeru,belaiu mengingatkan seluruh ahli-ahli Umno dan penyokong BN Sabah meningkatkan gerakkerja bersapadu di semua peringkat sebagai persiapan menghadapi piloihanraya yang akan dating.
Katanya,sebagai negeri yang dianggap pangkalan kepada kekuatan Umno dan BN,terutamanya Umno sabah mesti mengorak langkah perkasa untuk mempertahankan semua kerusi Umno di negeri ini serta membantu komponannya seperti yang telah ditujukkan selama ini.
“kekuatan kita bukan sahaj keranan perpaduan kukuh peringkat Umno tetapi semangat setiakawan kita dalam BN kerana kejayaan ini adalah kejayaan bersama kita dalam barisan nasional sebagai rakyat 1 malaysia”katanya.
Selain Dato Hj tajudin Abdul rahman,turut hadir sebagai tetamu di mesyuarat itu,Timbalan pengerusi badan Perhubungan Umno sabah,Datuk Mohd salleh tun Said,Datuk Marsidi manjun,Menteri Pelancongan,kebudayaan dan alam Sekitar,Datuk Samsuddin yahya,Wakil perhubungan negeri,Datuk Nasrun Mansur Ketua Umno Silam.Presiden MPS Ir james Wong. Senator Datuk Armani Hj Mahiruddin.
Dalam pada itu Musa yang juga wakil rakyat Sg sibuga, menegaskan perbezaan jelas antaraq Umno dan BN sebagai sebuah ikatan komponan parti dan kerajaan,BN telah terbukti menunjukkan prestasi cemerlang dalam membela rakyat.
“Sabah akan ketinggalan dalam pembangunan jika rakyat berterusan diperdayakan oleh pembangkang,sebagai kerajaan yang memerinta negeri ini Umno sebagai tunjang dan komponan BN ,kita telah merancang program memanjuukan negeri dengan memberikan keutamaan kepada semua kaum”Katanya
Hasil dari kerjasama dan komitmen kerajaan negeri serta kerajaan pusat,negeri ini berterusan menerima arus kemajuan dalam semua sektor sekaligus meningkatkan ekonomi negeri,dengan kerajaan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
Semanatara itu,ketika berucap merasmikan mesyuarat tersebut,Dato Tajuddin Abdul Rahman menegaskan bahawa gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana menteri Dato Najib Tun Razak,yang juga Presiden Umno tidak menjejaskan kedudukan dan keistimewaan orang melayu dan Bumiputera.
Katanya,kedudukan dan keistimewaan hak orang melayu dan Bumiputera di Negara ini terjamin dalam Perlembagaan Negara yang tidak boleh digugat oleh mana-mana pihak terutamanya pembangkang,justeru beliau yang juga Pengerusi Felcra meminta orang melayu dan bumiputera berani tampin memperkasakan gagasan 1 Malaysia.

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP