Powered by Blogger.

.

Selamat datang ke blog sibugakini yang memaparkan aktiviti pemimpin bersama rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Musa Perkasa Sektor Pendidikan

Tuesday, July 6, 2010




MUSA PERKASAKAN SEKTOR PENDIDIKAN

Wayang apa lagi yang mau ditayangkan Pembangkang kepada umum untuk mempengaruhi pemikiran rakyat menafikan kemampun Datuk Musa Haji Aman sebagai seorang pemimpin yang berjaya membangunkan negeri ini terutamanya Sandakan bandar Alam Semulajadi.

Pastinya selain berbagai tohmahan dan fitnah ,Pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat sudah kehabisan modal politik.Rakyat dengan jelas bukan sahaja melihat kerancakan projek pembangunan Insfrastruktur malah turut merasakan masa depan mereka semakin terbela oleh kerajaan Barisan Nasional Negeri dibawah Kepimpinan Musa selaku Ketua Menteri......

Pastinya selain berbagai tohmahan dan fitnah ,Pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat sudah kehabisan modal politik.Rakyat dengan jelas bukan sahaja melihat kerancakan projek pembangunan Insfrastruktur malah turut merasakan masa depan mereka semakin terbela oleh kerajaan Barisan Nasional Negeri dibawah Kepimpinan Musa selaku Ketua Menteri.

Rakyat Sabah kini lebih mahukan kehidupan mereka terjamin dan masa depan anak-anak mereka cemerlang dalam semua bidang.Keinginan dan harapan itu telah berjaya direalisasi.Lihat sahaja apa yang sedang dibangunkan di Bandaraya Kota Kinabalu.

Seawal Musa menjadi wakil rakyat di N.42 Sungai Sibuga dan diamanahkan menerajui Yayasan Sabah,Beliau telah memperkenalkan gagasan 1graduan 1keluarga kepada golongan Bumiputera.

Katanya,Gagasan 1graduan 1keluarga itu sangat penting bagi Bumiputera kerana hanya dengan mempunyai pendiidikan tertinggi kalangan anak-anak bumiputera ,mereka boleh merubah nasib diri dan keluarga.

Untuk merealisasikan gagasan murni itu,beliau bukan hanya cakap-cakap kosong seperti ucapan retorik Pembangkang,sebaliknya selaku Pengarah Yayasan Sabah banyak biasiswa diberikan kepada anak-anak bumiputera untuk melanjutkan pengajian di menara gading .

Selepas melihat semakin ramai anak-anak bumiputera berjaya ke Universiti dalam dan luar negara ,Beliau merealisasikan pengwujudan HUP Pendidikan Sandakan seluas seribu ekar di Sungai Batang Bandar Ilmu yang sadang rancak dibangunkan.


Antara pusat pendidikan yang dibina di HUP Pendidikan itu sebuah Universiti ,Kolej Kominiti,kolej kemahiran, Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) dan beberapa buah lagi yang akan dibina.

HUP Pendidikan itu bukan sahaja menjadi pusat pembelajaran bertaraf Nasional malah akan menyumbang kepada sumber ekonomi baharu kepada penduduk Sandakan.kerana diangarkan seramai 30 ribu orang akan mengaktifkan bandar itu.

Langkah seterusnya yang beliau rancang ialah mengambil rasiko apabila memindahkan penduduk setinggan di Sungai Batang kerana penampatan mereka terlibat dengan projek pelebaran Jalan HUP Pendidikan.

Bagaimanapun kerajaan telah menyediakan Seluas 50 hekter tanah yang digazet sebagai Tanah Anak Negeri untuk dijadikan penempatan baharu kepada 218 ketua Isi Rumah Setinggan (KIRS) dalam pembanguna sebuah kampung baharu yang tersusun berhampiran HUP Pendidikan itu.

Selain membangun HUP pendidikan ,perancangan kerajaan BN bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Sandakan,Musa juga meminta Kementerian Pelajaran membangunkan sekolah-sekolah baharu di kawasan Sg Sibuga antaranya SK Tinusa 2 dan SMK Tinusa yang boleh menampung lebih seribu pelajar dalam satu masa.

Kemajuan dalam pembanguan pendidikan di Sandakan ini sebenarnya dilihat sebagai bala kepada pembangkang kerana sedar rakyat tidak akan menyokong mereka pada pilihanraya akan datang.

Hanya tomahan dan fitnah sahaja yang mampu pembangkang momokkan kepada rakyat agar jangan menyokong Musa dan BN tetapi rakyat lebih waras dan sedar “Mana Kaca dan Mana Intan”.Bagi rakyat Sabah,kepimpinan Musa masih diperlukan kerana masih banyak yang boleh dilakukan oleh beliau selaku pemimpin Kerajaan Barisan Nasional Sabah.

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP