Powered by Blogger.

.

Selamat datang ke blog sibugakini yang memaparkan aktiviti pemimpin bersama rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Musa @ Mesyuarat Umno Batu Sapi Kali Ke 7

Monday, June 28, 2010

Musa Mahu Ahli Umno Bersatu dan Jangan Terpadaya Fitnah Pembangkang.





Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah,Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata,ketabahan yang disusuli dengan kesabaran dan keikhlasan setiap Individu dalam keyakinan perjuangannya mampu mengatasi segala cabaran yang dihadapi.
Malah sikap kebersyukuran terhadap nikmat yang diberikan Allah merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang wujud sama ada pada diri dan organisasi.
Kenyataan beliau ini merupakan terjemahan terhadapi kekentalan beliau selaku politikus yang sentiasa bergelombang dengan berbagai tomahan dan fitnah sebagai individu yang akhirnya berjaya memperkasakan pengalaman sebagai pemimpin.....

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Batu Sapi kali 7 yang diadakan Dewan Masyarakat Sandakan kelmarin yang turut dihadiri Ketua bahagian itu Datuk Samsuddin Yahya, Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Edmund Chung (PBS),Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Ir James Wong selaku tetamu kehotmat serta lebih 200 perwakilan.
Dalam pada itu ketika ditanya dalam sidang medianya,mesej ucapan beliau mengenai keperluan kekuatan diri dalam menghadapi cabaran-cabaran politik samada dalam dan luar parti.Musa menegaskan mesejnya jelas ,mahukan kepimpinan dan ahli-ahli Umno negeri ini bersatu,bersetia berkhidmat dalam satu pasukan iaitu Umno dan Barisan Nasional.
“Dalam perjuangan ini,kita perlukan barisan kepimpinan dan ahli-ahli yang sentiasa mengutamakan keiklasan setia kawan dan komitmen untuk memperjuangkan prinsip-prinsip parti dan ini merupakan kunci kekuatan Umno Sabah”
“Keutuhan perpaduan kita di semua peringkat akarumbi dan kepimpinan bahagian serta peringkat negeri telah membuktikan ianya asas kepada kekuatanm Umno dan Barisan Nasional Sabah hingga Perdana Menteri menaruh keyakinan bahawa Umno Sabah adalah asset kepada Kerajaan Barisan nasional negara ini”Katanya
Sementara itu menurut Musa, BN sebagai sebuah organisasi berskala besar di negara dengan keanggotaan yang banyak , sudah tentu sentiasa berhadapan dengan perbezaan pandangan dan idealisme yang menyentuh soal prinsip masing-masing termasuklah dalam Umno sendiri.
“Perkara-perkara perbezaan prinsip dalam organisasi adalah lumrah,bagaimanapun kita BN ada budaya murni dengan adab-adab yang kita gunapakai dalam menyelesaikan perbezaan prinsip ini iaitu melalui perbincangan dan muafakat bagi mengecilkan perbezaan itu”
“Biasanya setelah perbezaan prinsip itu di atasi kita akan mengambil pendekatan bersama sebagai asas memperkuatkan perjuangan BN kerana setiap komponan bertanggungjawab kepada kejayaan BN pada pilihanraya”Katanya.
Sehubungan itu katanya,selaku Pengerusi Barisan Nasional negeri,beliau sentiasa membuka pintu perbincangan dengan semua anggota komponan BN bagi sama –sama berbincang mengatasi segala kemulut dan perbezaan jika ada kewujudannya di negeri ini.
“Kita ada budaya berbincang yang telah lama diamalkan dalam BN samada di peringkat nasional begitu juga di negeri ini yang selalunya akan kita akur bersama sebab itu Umno dan BN terus releven dalam politik negara”katanya.
Dalam pada itu,Musa yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno(MT) rakyat khususnya anggota Umno jangan sekali-kali terperdaya dengan tomahan pembangkang di negeri ini yang kini sibuk melaga-lagakan kepimpinan Umno negeri.
Katanya,kaedah menghasut dan membuat sebaran berita fitnah khususnya melalui saluran media eletronik jelas mahu mempengaruhi pemikiran semua golongan rakyat supaya membenci kerajaan Barisan Nasional.
Tindakan itu menurutnya,terpaksa diambil bagi menutup kelemahan pembangkang yang gagal mentadbir negeri-negeri yang mereka tadbir hingga menjadi kemarahan rakyat.
Pada Majlis itu Musa turut menyampaikan pingat Jasamu Dikenang kepada pejuang-pejuang Politik Veteran Umno dan Usno yang terlibat membawa masuk UMNO ke kawasan Batu Sapi (Kinabatangan,dan Libaran) .

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP