Powered by Blogger.

.

Selamat datang ke blog sibugakini yang memaparkan aktiviti pemimpin bersama rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Roboh Setinggan Sungai Batang

Monday, June 21, 2010

23/05/2010

Basra (Tengah) bergambar bersama penduduk yang terlibat dengan perobohan rumah setinggan di Kg sg Batang.


SANDAKAN: Kerajaan telah meluluskan seluas lima puluh ekar tanah bagi menempat bagi penempatan semula 586 penduduk setinggan Sungai Batang di bawah penampatan Rizab Kampung Anak Negeri yang sedang dibangunkan.
Menurut Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Sg Sibuga Hj Basra Hj Abdul Rahman, sebanyak 112 buah rumah termasuk 5 rumah penghuni PATi yang dibina dalam rizab jalan sg Batang bakal dirobohkan dalam masa terdekat dasn penghuni rumah-rumah berkenaan diminta mengosongkan rumah mereka.


Katanya, penempatan setinggan yang wujud semenjak lebih sedekat lalu itu terlibat dengan pembinaan pelebaran jalanraya di Hub Pendidikan yang sebahagian lokasi jalan tersebut telahpun dimulakan kerja-kerja pembersihan tapak.
“Projek ini adalah projek besar kerajaan yang dimestikan siap mengikut jadual atas sebaba itu penghuni setinggan di kawasan tersebut diminta merobohkan struktur rumah mereka dengan segera dan mereka akan diberikan tempat sementara di skim PPR Gum-Gum”katanya
Katanya, sementara menunggu kerja-kerja pembinaan tapak serta penyediaan insfrastruktur asas di tapak perkampungan baharu itu yang juga terletak di Sg Batang selesai sepenuhnya ,penduduk boleh memilih samada mahu menyewa di PPRT Gum-gum atau tinggal din tanah keluarga yang berhampiran dengan mereka.
“Di kawasan baharu yang akan dibina perkempung kekal dan tersusun mereka yang terlibat dengan perobohan di setinggan itu akan diberikan keutamaan dalam pemberian lot-lot perumahan di situ yang bakal memberikan keselesaan kepada keluarga mereka”Katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Umno Bahagian Libaran berkata kepada media selepas menghadiri majlis taklimat dan dialog dengan lebih 100 penduduk penempatan setinggan itu di Dewan Serbaguna Kg nejayan Tengah Sg Batang. Di sini kelmarin yang turut dihadiri ketua Daerah OKK Hj Awang Damit Abdul Rahim.
Selain Kawasan setinggan itu turut dirobohkasn adalah masjid dalam pembinaan jalan baharu sepanjang 6km dalam zon Hub Pendidikan yang dijangka siap sepenuhnya tahun 2016 sekaligus merubah wajah landskap kawasan kampong itu menjadi Bandar ilmu Sg Batang dengan jangkaan membuka peluang pendidikan kepada lebih 1500 penuntut dalam satu masa.

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP