Powered by Blogger.

.

Selamat datang ke blog sibugakini yang memaparkan aktiviti pemimpin bersama rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Pelancaran Juara Rakyat @ Musa

Tuesday, June 22, 2010




JUARA RAKYAT LESTARI PERPADUAN 1 MALAYSIA

Program Juara Rakyat menurut Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman adalah memanifestasikan kelestrian perpaduan bangsa Malaysia yang jelas menjadi tunjang kelangsungan Pembangunan negara.
Katanya, arus kemajuan yang menelusuri kesegenap pelusuk bandar dan desa adalah kesan kesepakatan antara lapisan rakyat dan kebijaksanaan pemimpin yang menautkan kesedaran ukwah untuk melaksanakan tanggungjawab dalam mengisi kemerdekaan...

“Ini tanggungjawab kita sebab itu pemimpin tertinggi Umno dan Barisan Nasional khususnya Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak melaksanakan gagasan 1 Malaysia yang mendahulukan rakyat melalui penilaian pencapaian yang merangkul peranan Wakil-wakil rakyat serta rakyat jelata bersatu mencemerlangkan negara”katanya
Beliau berkata dalam sidang medianya selepas melancarkan Program Juara Rakyat Bahagian Libaran di kampung Sibugal Besar dalam zon Hub Pendidikan Sg Batang Bandar Ilmu yang dihadiri lebih seribu penduduk dari tiga buah kampung berhampiran.
Menurut ketua Menteri, pengisian aktiviti progran Juara rakyat menjelaskan bertapa pentingnya perpaduan dan kerjasama kalangan bangsa 1 Malaysia sebagai benteng pertahanan maruah negara di kaca padangan antarabangsa.
“Kita bersatu,pemimpin turun padang melihat dan mendengar sendiri segala rintihan rakyat ,Juara Rakyat adalah pemimpin dan rakyat berpadu menyelesaikan perbedaan ,memperkasakan persamaan kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini”Katanya.
Beliau yang juga ADUN N42.Sg Sibuga,terharu dan tersentuh hati dengan ucapan terima kasih rakyat diatas perlaksanaan pelbagai pembangunan inftrstruktur yang disalurkan kerajaan negeri dan persekutuan sehingga berjaya merubah landskap perkampungan dari lokasi mundur kepada penempatan lebih maju dan selesa.
Dalam pada itu,beliau yang juga ketua Umno Bahagian Libaran,menegaskan ,kombinasi kerja dan persefahaman antara agensi-agensi kerajaan seperti Yayasan Sabah,Jasa,Pihak Berkuasa Tempatan,Jabatan-jabatan yang ada kaitan terus dengan kehidupan Ekonomi Rakyat menjadi teras unggul menjana pembangunan negeri ini.
Melalui kerjasama itu menurut,beliau banyak keperluan rakyat dapat ditunaikan dengan berkesan kerana katanya,sebagai sebuah kerajaan berjiwa Rakyat , BN tetap menunaikan segala janji yang telah diberikan kepada rakyat sebagai terima kasih atas sokongan rakyat kepada BN.
Menyentuh Juara Rakyat Bahagian Libaran kelmarin beliau,berkata program sedemikian menjadi wadah untuk masyarakat berbagai peringkat usia melibatkan diri dan menyumbang khidmat tenaga dalam aktiviti kemasyarakatan yang mampu memperkasakan ikatan silatulrahim serta mensyukuri nikmat dari pembangunan negara.
“Malah penglibatan golongan remaja dan belia dalam acara yang diadakan antaranya Kursus kemahiran menyulam dan jahitan manik ,kerja- kerja bergotong royong berupaya menyerlahkan bakat dan kebolehan golongan itu sebagai genarasi pelapis modul insan dalam kesinambungan pembangunan negara”
Dalam kontek Juara rakyat ini katanya,penerapan gagasan 1 Malaysia oleh kepimpinan BN membuktikan bahawa tiada satu kaum dalam negara ini dipinggirkan dari arus kemajuan perdana malah setiap rakyat kini merasa lebih selamat dan terbela dengan kesungguhan Perdana Menteri mendahulukan rakyat.
Justeru rakyat negeri diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap propaganda pihak pihak yang sentiasa menyeberkan dakyah perkauman dan bagi memecah belahkan keharmonian rakyat negeri ini yang tealh terlajin semenjak sekian lama .

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP