Powered by Blogger.

.

Selamat datang ke blog sibugakini yang memaparkan aktiviti pemimpin bersama rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Musa @ 1 Libaran Hotel

Tuesday, June 22, 2010

17/6/2010 Datuk Musa merasmikan Hotel 1 Libaran


Usahawan Bumiputera di negeri ini mampu berjaya dalam bidang perniagaan jika mereka memberikan tumpuan dalam apa yang mereka usahakan kerana sektor perniagaan terbuka luas kepada sesiapa sahaja.

Berucap merasmikan 1 Libaran Hotel di Bandar Labuk Jaya kelmarin,Ketua Menteri Datuk Musa Aman berkata,Usahawan Bumiputera perlu berani menceburi bidang perniagaan baharu yang sebelum ini asing bagi bumiputera....

Katanya,dalam Modul Ekonomi Baru (MEB) sesiapa sahaja usahawan di Negara ini berpeluang memajukan sektor itu mengikut keinginan mereka dalam perniagaan termasuklah golongan Bumiputera.
“Melalui MEB,penyusunan semula pembangunan Ekonomi Negara peluang rakyat untuk maju sentiasa ada tetapi mereka mesti berani dalam menghadapi cabaran,malah usahawan bumiputera wajar menterjemahkan sikap persaingan yang negatif kepada konsep berkerjasama kerana ianya lebih memberikan manafaat kepada mereka”katanya
Malah Katanya, Usahawan Bumiputera tidak perlu malu untuk menimba pengalaman dan belajar dengan usahwan Bukan Bumiputera mengenai teknik perniagaan kerana melalui perkongsian bijak itu kedua-dua pihak dapat menyumbang kepada kemajuan ekonomi negeri.
Dalam pada itu,beliau yang juga Menteri kewangan berkata,Penaikkan Taraf Lapangan Terbang Sandakan yang antara keutamaan dalam RMK10 sebagai sebuah Lapangan terbang Antarabangsa bakal menjadikan Sandakan distinasi Pelancongan Utama negeri ini.
Peningkatan taraf lapangan terbang itu juga bakal menyumbang kepada sektor perhotelan dan perniagaan lain yang berasaskan produk industri kecil dan sederhana tempatan.
1 Libaran Hotel yang dirasmikan beliau merupakan sebuah hotel Bujet Bumipuitera sepenuh yang pertama di Sandakan dimiliki Hj Daning Bajau seorang ushawan sedang berjaya dalam bidang Hardware dan bekalan.
Turut hadir di majlis perasmian itu, Timbalan Ketua Menteri datuk yahya Hussin,Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan ,Datuk Hajiji Mohd Noor,Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Marsidi Manjun,Datuk Gulam Badar Khan,Datuk nasrun Mansur,Datuk Zakaria Edris,Datuk Samsuddin Yahya ,Wakil rakyat Sukau Sadi Abdul Rahman dan Presiden MPS Ir James Wong.
Katanya pembangunan bersapadu HUB pendidikan dan pembesaran Lapangan Terbang Sandakan bakal mejana perkembangan Ekonomi hiliran yang memberikan pendapatan kepada masyarakat.
“Pembangunan dan kemajuan yang wujud sudah tentu memberikan impak positif kepada masyarakat sekaligus memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat dan inilah antara hala tuju kerajaan dalam misi melaksanakan Koridor Pembangunan Sabah(SDC)”katanya.
Sambil berbangga dengan kejayaan Hj Daning Bajau ,usahawan bumiputera pertama di Sandakan dalam perhotelan,beliau yakin usahawan bumiputera lain di negeri ini mempunyai kemampuan untuk maju di bidang perniagaan.

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP