Powered by Blogger.

.

Selamat datang ke blog sibugakini yang memaparkan aktiviti pemimpin bersama rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Musa @ Juara Rakyat , Wanita dan Keluarga.

Tuesday, June 22, 2010

15/6/2010, Musa melancarkan Program jalinan rakyat dan Skuad Sayang Wanita Umno Libaran



SANDAKAN: Kekuatan modul Insan kalangan generasi muda rakyat Sabah menjadi faktor penting dalam memacu Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang melibatkan keperluan keseluruhan rakyat negeri ini.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Musa Aman, SDC yang dirancang kerajaan meliputi semua daerah bertujuan memacu pembangunan rakyat tanpa meminggirkan mana-mana kaum.
Sebab itu menurut beliau,kerajaan Barisan Nasional memberikan keutamaan dalam program pembangunan Modul Insan khususnya di bidang pendidikan bagi melahirkan generasi muda Sabah yang berkemahiran dan mempunyaai keupayaan membangunkan negeri ini.....

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Program Juara Rakyat Wanita dan keluarga peringkat Parlimen Libaran di Dewan Seri Libaran di kelmarin yang menyaksikan pemimpin itu turut melancarkan program Jalinan Rakyat dan Skuad Sayang pergerkan wanita Umno bahagian berkenaan.
Turut hadir di Majlis itu,Spaekar DUN Sabah,Datuk Juhar Hj Mahuiruddin,Timbalan Spaeker Dewan Negara Datuk Armani mahiuruddin, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.Menteri perumahan dan kerajaan Tempatan, Datuk Hajiji Mohd Noor, Datuk Marsidi Manjun,Menteri kebudayaan pelancongan dan Alam Sekitar,Penasihat Sain kepada ketua Menteri datuk Mohd Salleh Tun Said,pembantu menteri, datuk nasrun Mansur,Datuk Gulam Khan,Datuk Zainab Datuk ahmad Ayid, Ir James Wong Presiden MPS.
Menurut Musa yang juga pengerusi badan perhubungan UMNO Sabah,usaha menjadi SDC satu kenyataan,Rakyat perlu meyakini kemampuan kerajaan BN negeri dalam melaksanakan rancangan pembangunan yang sudah diatur.
Malah kestabilan politik juga perlu menjadi pertimbangan wajar oleh rakyat dan pemimpin di semua peringkat supaya segala apa yang mahu dibangunkan dapat berjalan lancar mengikut jadul.
Beliau yang juga menteri kewangan menegaskan dalam RMK10 sabah bakal mendapat peruntukan yang besar untuk pembangunan negeri dan antara sektor yang diberikan keutamaan adalah pembangunan modul Insan ,wanita dan keluarga
Katanya,sebab itu kerajaan memandang serius peranan wanita di Negara dalam pembangunan kerana mereka bukan sahaja berperanan sebagi ibu tetapi merupakan arkatik keluarga.
“Peranan wanita sangat penting dalam pembangunan sesebuah Negara,malah di peringkat negeri kerajaan sentiasa melihat kepada sumbangan golongan wanita dalam membina institusi keluarga,termasuk peranan mereka di sektor swasta dan kerajaan”Katanya
Sebagai bukti katanya, kerajaan telah memberikan ruang yang luas kepada golongan wanita terlibat di bidang pembuat dasar sama ada di peringkat Negara dan negeri.
Semantara itu beliau turut menegaskan,betapa penting semua pihak sentiasa memberikan perhatian dalam isu kesehajteraan keluarga yang menjadi asset kemajuan agama ,bangsa dan Negara.
“Mana-mana Negara sahaja di dunia ini sentiasa mahukan kesejahteraan dalam keluarga tidak terkecuali negeri Sabah,kita mahukan golongan rakyat terutamanya belia-belia kita mempunyai kualiti padfa fizikal dan Minda mereka kerana merekalah menjadi peneraju kejayaan pembangunan Negara”
“Untuk melahirkan genarasi yang berkualiti ini,peranan ibubapa sangat penting dalam membentuk sasiah dan jiwa kalangan genarasi ini dan wanita selaku ibu tentunya sangat diperlukan”katanya
Dalam pada itu menurut Musa yang juga Ketua Umno Libaran berkata, genarasi muda ini perlu sentiasa dibimbing dan diberikan penerangan yang betul bertapa kerajaan yang memerinta Negara hari ini telah banyak menyumbangkan jasa kepada rakyat sehingga Negara ini dikenali di peringkat Antarabangsa.
Katanya,golongan muda hari ini sentiasa menjadi sasaran pembangkang untuk menabur berbagai fitnah memburukkan kerajaan sedangkan keajaan BNtelah membuktikan tanggungjawabnya membela nasib rakyat tanpa perbezaan bangsa dan agama.
Pada Majlis itu Musa turut melancarkan kenderaan Skuda Sayang dan Jalinan Rakyat untuk kegunaan Pergerakan wanita Umno Libaran menjalankan aktiviti turun padang mereka.

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP