Powered by Blogger.

.

Selamat datang ke blog sibugakini yang memaparkan aktiviti pemimpin bersama rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

PKR Buat Lawak di Libaran

Tuesday, June 22, 2010


30/5/2010, Ehun Hj Tujuh bersama AJK Umno Cawangan Kuala Gum-Gum


SANDAKAN: Kalangan Pemimpin UMNO peringkat umbi di Libaran menyangkal kenyataan PKR Sabah kononnya UMNO bahagian ini kalang-kabut ekoran kehadiran beberapa pemimpin parti pembangkang itu di Kampung Banting dalam DUN Gum-Gum dua bulan lalu.
Menurut ketua cawangan Kg Kuala Gum-Gum,Ehun Hj Tujuh,UMNO tidak tergugat dengan lawatan itu yang beliau sifatkan hanya pelancong bermusim untuk singgah membuang air kecil di perkampung nelayan itu....

Katanya,kenyataan yang dipaparkan di Sabahkini,oleh aktivis PKR langsung tidak menggambarkan keadaan sebenar sokongan rakyat Libaran terhadap PKR kerana hanya di hadiri oleh sepuluh orang penduduk kg Banting manakala selebihnya seramai 12 orang adalah rombongan PKR dari luar kawasan termasuk ahli PKR dari Beluran dan Kinabatangan.
Beliau yang juga Jawatankuasa UMNO LIbaran,berkata kenyataan yang dibuat dalam Sabahkini,itu semuanya dusta dan pembohongan kepada penduduk Libaran,malah yang lebih memalukan tulisan itu seperti meludah ke langit kerana kehadiran ketua Umum PKR Sabah Ahmad Tamrin Hj Zaini dan ketua Wanita PKR Malaysia Hajjah Faridah yang juga ahli Parlimen Ampang langsung tidak mendapat sambutan penduduk Banting dan kuala Gum-Gum.
“Mereka hanya melancong sebab inilah kali pertama mereka ke kawasan itu,dan terkejut melihat pembangunan infrastruktur yang dibuat kerajaan BN di kawasan berkenaan,malah lebih memalukan PKR mendakwa bahawa projek membina danb menurap jalanraya sepanjang 9km di situ adalah atas usaha mereka”katanya.
Beliau yakin dengan kepimpinan YAB Datuk Musa selaku wakil rakyat serta pemimpin UMNO Sabah,rakyat Libaran khususnya 25ribu ahli UMNO Libaran tidask akan memberikan sokongan kepada PKR dan Pakatan Permbangkang malah langsung UMNO Libaran tidak gusar apatalh lagi kalang-kabut seperti didakwa PKR.
“Rakyat Libaran tidak akan menyokong perjuang yang tiada halatuju,malah sebagai rakyat kami bukan sahaj kenal napa semua pemimpin PKR Sabah,malah peribadi dan corak politik mereka juga kami amat kenali kerana mereka ada individu politikus yang telah ditolak rakyat kerana sikap mereka yan g tamak kuasa.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melaksanakan mesyuarat cawangan UMNO Kg Kuala Gum-Gum di kediaman beliau di kampong berkenaan kelmarin yang turut dipantau seroang lagi AJK Bahagian itu Sahar Saka selaku wakil bahagian.
Dalam satu artikal yang terpapar di Sabahkini,tulisan Halik Zaman mendakwa beberapa bahagian Umno sabah termasuk Libaran kalang-kabut dan goyah selepas kawasan berkenaan diserang pemimpin PKR termasuk Ahli Parlimen Ampang.
Bagaimanapun wartawan yang turut hadri pada perjumpaan itu mendapat kesemua peneraju PKR Sabah itu hanya berucap dengan nada retorik semata-mata mahu memesongkan pandangan 10 orang pendudk yang hadir di majlis itu yang dijadikan asas pelawak-pelawek PKR berjenaka konon UMNO kalang-kabut di Libaran.

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP