Powered by Blogger.

.

Selamat datang ke blog sibugakini yang memaparkan aktiviti pemimpin bersama rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Musa @ Mesyuarat Umno Batu Sapi Kali Ke 7

Monday, June 28, 2010

Musa Mahu Ahli Umno Bersatu dan Jangan Terpadaya Fitnah Pembangkang.





Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah,Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata,ketabahan yang disusuli dengan kesabaran dan keikhlasan setiap Individu dalam keyakinan perjuangannya mampu mengatasi segala cabaran yang dihadapi.
Malah sikap kebersyukuran terhadap nikmat yang diberikan Allah merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang wujud sama ada pada diri dan organisasi.
Kenyataan beliau ini merupakan terjemahan terhadapi kekentalan beliau selaku politikus yang sentiasa bergelombang dengan berbagai tomahan dan fitnah sebagai individu yang akhirnya berjaya memperkasakan pengalaman sebagai pemimpin.....

Baca Lagi...

Musa @ Setinggan Sungai Batang

Sunday, June 27, 2010





Musa bersama Presiden Majlis Perbandaran Sandakan ketika melawat tapak penempatan semua setinggan Kampung Sungai Batang.

Kawasan seluas 50 ekar yang sedang dibangunkan sebagai penempatan semula penduduk setinggan Kampung Sungai Batang yang terlibat dengan pembangnan HUP Pendidikan bakal menjadi sebuah perkampungan yang tersusun yang dilengkap dengan kemudahan asas.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman yang melawat tapak perkampungan itu baru-baru ini bersama Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Ir.James Wong serta ketua-ketua Jabatan yang berkaitan mahu melihat kewujudan perkampungan itu sebagai sebuah kampung contoh di daerah ini....

Baca Lagi...

Musa @ Juara Rakyat , Wanita dan Keluarga.

Tuesday, June 22, 2010

15/6/2010, Musa melancarkan Program jalinan rakyat dan Skuad Sayang Wanita Umno Libaran



SANDAKAN: Kekuatan modul Insan kalangan generasi muda rakyat Sabah menjadi faktor penting dalam memacu Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang melibatkan keperluan keseluruhan rakyat negeri ini.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Musa Aman, SDC yang dirancang kerajaan meliputi semua daerah bertujuan memacu pembangunan rakyat tanpa meminggirkan mana-mana kaum.
Sebab itu menurut beliau,kerajaan Barisan Nasional memberikan keutamaan dalam program pembangunan Modul Insan khususnya di bidang pendidikan bagi melahirkan generasi muda Sabah yang berkemahiran dan mempunyaai keupayaan membangunkan negeri ini.....

Baca Lagi...

Musa @ 1 Libaran Hotel

17/6/2010 Datuk Musa merasmikan Hotel 1 Libaran


Usahawan Bumiputera di negeri ini mampu berjaya dalam bidang perniagaan jika mereka memberikan tumpuan dalam apa yang mereka usahakan kerana sektor perniagaan terbuka luas kepada sesiapa sahaja.

Berucap merasmikan 1 Libaran Hotel di Bandar Labuk Jaya kelmarin,Ketua Menteri Datuk Musa Aman berkata,Usahawan Bumiputera perlu berani menceburi bidang perniagaan baharu yang sebelum ini asing bagi bumiputera....

Baca Lagi...

Pelancaran Juara Rakyat @ Musa




JUARA RAKYAT LESTARI PERPADUAN 1 MALAYSIA

Program Juara Rakyat menurut Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman adalah memanifestasikan kelestrian perpaduan bangsa Malaysia yang jelas menjadi tunjang kelangsungan Pembangunan negara.
Katanya, arus kemajuan yang menelusuri kesegenap pelusuk bandar dan desa adalah kesan kesepakatan antara lapisan rakyat dan kebijaksanaan pemimpin yang menautkan kesedaran ukwah untuk melaksanakan tanggungjawab dalam mengisi kemerdekaan...

Baca Lagi...

PKR Buat Lawak di Libaran


30/5/2010, Ehun Hj Tujuh bersama AJK Umno Cawangan Kuala Gum-Gum


SANDAKAN: Kalangan Pemimpin UMNO peringkat umbi di Libaran menyangkal kenyataan PKR Sabah kononnya UMNO bahagian ini kalang-kabut ekoran kehadiran beberapa pemimpin parti pembangkang itu di Kampung Banting dalam DUN Gum-Gum dua bulan lalu.
Menurut ketua cawangan Kg Kuala Gum-Gum,Ehun Hj Tujuh,UMNO tidak tergugat dengan lawatan itu yang beliau sifatkan hanya pelancong bermusim untuk singgah membuang air kecil di perkampung nelayan itu....

Baca Lagi...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP